Wednesday, April 29, 2009

::belajar buat tandatangan::


aduhai anakku sayang!

kenangan manis,biar pn xberapa manis,28/4/2009......umurku dh tua,xlah tua sgt.cerita yg sebetul nya macam nie,muni nie seorg yg xkreatif.kata org kelantan~xdop patat siput~entahlah dari mana datang nye perkataan nie.

bayangkan lah umur dh remaja tp,masih x pandai nk reka,nk mencipta tandatangan sendiri.....ish3 biar btl.tu la pasal,kerna tak kreatif sgt2,jadilah macam nie.so,kepada sahabat-sahabat,rakan-rakan,adik-adikku,kakak=kakakku&abang-abangku,janganlah jd mcm si dia nie.susah......bila dh nk ke ipta mulalah,terkontang-kanting.mana tidaknye,bila sampai surat tawaran,kena menurunkan tandatangan.


Wednesday, April 1, 2009

islam membina keluarga penyayang



Manusia ialah makhluk Allah yang paling mulia di muka bumi ini. Allah mencipta manusia untuk memakmurkan dunia dan beribadat kepadanya. Asas ciptaan manusia adalah daripada roh dan jasad. Jiwa manusia perlu kepada agama untuk memenuhi keperluan rohani . Perasaan beragama juga perlu untuk memenuhi kebahagiaan hidupnya. Sekiranya perasaan ini hilang, maka terumbang-ambinglah manusia itu tanpa tujuan dan matlamat hidup.


Hidup manusia bukan setakat di dunia sahaja. Mereka akan dibangkit semula di akhirat untuk mendapat pembalasan daripada Allah S. W. T tentang amalan mereka di dunia ini. Pembalasan itu adalah setimpal dengan kelakuan mereka semasa hidup. Ini kerana Islam telah menetapkan peraturan dan undang-undang yang perlu diikuti oleh manusia untuk menjadi panduan hidup mereka. Peraturan dan syariat Islam adalah ciptaan Allah yang hanya disampaikan kepada manusia melalui para Rasul dan Nabi. Manakala Nabi Muhammad s. a. w. pula sebagai nabi yang terakhir untuk seluruh umat manusia di dunia hingga hari kiamat.


Membina keluarga yang bahagia dan penyayang mestilah mengikut ajaran dan panduan yang digariskan oleh agama. Islam memberi petunjuk kepada manusia bagaimana cara membaiki keadaan hidupnya, mengenal hak dan kewajipan dalam pergaulan, bahkan dalam segala pekerjaan supaya manusia berbahagia dan untung di dunia dan akhirat.


Islam mendidik manusia supaya hidup berkesopanan. Bercakap benar, berlaku jujur, malu berbuat dosa, memenuhi tanggungjawab, memelihara amanah, berlaku adil adalah antara contoh sikap yang baik dan berguna. lni kerana ketenteraman hidup berjalan atas dasar-dasar yang disenaraikan tadi. Manakala perbuatan bercakap dusta, berbuat curang, berlaku kianat, rendah budi, zalim dan melakukan kekejaman adalah antara sifat yang boleh merosakkan pergaulan dan memutuskan perhubungan.


Pembentukan keluarga dalam Islam bermula dengan ikatan perkahwinan antara lelaki dan perempuan secara sah mengikut hukum Islam itu sendiri. Apabila rumah tangga itu dibina dengan sempurna dan sah, maka ia mendapat keredhaan dan berkat dari Allah S. W. T. Banyak rumah tangga yang dibina tanpa mengikut landasan agama menemui kehancuran dan kegagalan seperti kahwin lari tanpa restu keluarga atau pasangan yang cetek pengetahuan tentang agama.


Untuk memupuk keharmonian hidup berumahtangga, setiap suami isteri hendaklah mematuhi dasar-dasar hukum yang digariskan oleh Islam agar terhindarlah perkara-perkara yang tidak diingini. Islam telah mengingatkan bahawa isteri adalah amanah daripada Allah dan hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya. Bagi pihak isteri pula, Allah telah menegaskan bahawa mereka wajib mentaati suami mereka pada jalan Allah dan haram bau Syurga sekiranya mereka menderhaka terhadap suami selagi si suami patuh dan taat kepada landasan hukum Islam.


Hubungan yang baik antara anak dan ibu bapa akan membawa ke arah keluarga yang bahagia. Islam telah memberikan perhatian yang penting ke atas dua pihak berkenaan. Agama mewajibkan anak-anak mentaati kedua orang tuanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Syurga di bawah tapak kaki ibu".


Anak-anak harus menumpahkan kasih sayang kepada kedua ibu bapa sekalipun ibu bapa kafir dan ingkar terhadap Allah, namun mereka berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka. Ini kerana daripada mereka berdualah lahirnya anak-anak ke dunia ini. Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka yang beragama Islam dalam urusan hidup yang tidak bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras kita mencela atau memarahi mereka dengan bahasa yang kasar. Kita haruslah menasihati mereka dengan baik dan sopan.


Betapa berat soal anak-anak menghormati ibu bapa, berat lagi tanggung jawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka ke jalan diredai Allah S. W. T. Ibu bapa wajib memberikan pendidikan yang betul kepada anak-anak mereka. Tanpa bekalan ilmu untuk dunia dan akhirat, anak-anak akan hidup terumbang-ambing. Kecuaian ibu bapa memberikan pendidikan agama yang sepatutnya, maka timbulah gejala sosial kepada anak-anak seperti budaya lepak, bohsia yang melanda negara kita sekarang ini.


lbu bapa merupakan model kepada anak-anak. Oleh itu ibu bapa perlulah berkelakuan yang sopan dan mulia. Tingkah laku mereka mudah menjadi perhatian dan ikutan anak-anak. Dampingilah anak-anak dengan memberikan kasih-sayang yang sempurna. Luangkan masa untuk berbincang tentang masalah mereka. Anak-anak perlu diberikan kasih sayang dan perhatian. Sekiranya diabaikan tanggung jawab ini, jiwa anak-anak akan merasa kekosongan dan mereka tidak diperlukan oleh ibu bapanya. Mereka akan mencari sesuatu yang dapat memenuhi jiwa mereka di luar rumah. Akibatnya ramai yang tercebur ke kancah maksiat dan dadah, maka porak perandalah keluarga tersebut. Sabda Rasulullah s. a. w yang bermaksud; "Hak anak atas bapanya, supaya membaikkan akhlaknya dan membaikkan namanya ".


Kewajipan ibu bapa ialah membentuk peribadi anaknya selaras dengan tuntutan Allah S. W. T. Ini akan membahagikan hidup mereka di dunia dan akhirat. Apabila jiwa anak-anak telah ditanam dengan taqwa dan keimanan Islam, maka kasih sayang dan hormat menghormati wujud dalam keluarga tersebut. Ibu bapa wajib memberikan ilmu dunia dan akhirat kepada anak-anak mereka. Anak-anak yang berilmu dan beriman akan sentiasa mengingati ibu bapa mereka apabila mereka telah tua atau pun telah meninggal dunia. Sabda Rasuluilah s. a. w yang bermaksud; "Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara sahaja iaitu sedekah yang berkekalan, ilmu yang boleh dimanfaatkan dengannya dan doa daripada anak-anak yang soleh".


Islam juga menganjurkan supaya kita mempunyai hubungan yang baik sesama individu. Sabda Rasullullah yang bermaksud; "Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. Nabi s. a. w bersabda lagi yang bermaksud; "Yang paling baik di antara kamu ialah yang baik pergaulannya terhadap keluarganya". Anak-anak perlulah dididik dengan pergaulan yang baik sesama mereka. lbu bapa mestilah berlaku adil dalam melayani kerenah anak-anak mereka supaya terhindar perasaan dengki, iri hati dan dendam. A nak-anak yang lebih kecil hendaklah rnenghormati abang yang lebih tua. Manakala abang mestilah bertolak ansur dengan adik-adik mereka. Apabila sikap ini dapat ditanam dalam diri anak-anak, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga dan mereka saling sayang dan menyayangi antara satu dengan lain. Aman tenteram dan berbahagialah keluarga tersebut


Islam amat mengambil berat dalam membentuk keluarga yang penyayang. Hidup dalam bahagia dan aman sentiasa serta saling tolong menolong antara satu sama lain. Islam telah menggariskan panduan untuk menunjuk ke arah tersebut. Oleh itu membina keluarga yang penyayang dan harmoni maka kita mestilah mengikuti landasan agama.

welcome to my page!!!!


Sunday, March 15, 2009

PeRaSaan@dEbaRaN SeBluM daN SeLEpAs MeNdApAt ReSULt

toing,toing,toing........

sebelum result.....

dup dap dup dap.......huuuu!!! berdebarrr,tension pom ada,jantung muni wahhh.....bergerak dgn pantas nye.sepantas kereta ferrari FUYYO laju tuh,,,
2,3 hari sebelum result mmang x sedap duduk ah,duduk sini pn xkena,duduk sana pn x kena,haihhh!!! masa tu mula lah muni pikir alangkah seronok nye jikalau masa boleh diundur,hmmmm....kalaulah,kalaulah masa boleh direverse,muni akn belajar,belajar,belajar,dan muni mau ambik spm semula...namun,apakan daya,,,,huhuhu.....nk tahu kenapa muni berkhayal macam tu,,,kerana kecuaian muni sendiri.....ermm,,,muni byk wat silap masa exam ari tu.....uwaaaaaa....nk exam semula.hmmmm....nk wat camne redha je lah.

selepas @ ketika mendapat result.....

dup dap dup dap dup dap dup dap.....bertambah 3 kali ganda drpd yg diats,mak oiii jantung rasa mcm nk jatuh.badan pn dh bergetar-getar,saat yg tidak dinantikan....ting,ting......cikgu pn panggil la nama sorang2,kawan muni fadhilah hanim dpt 9A1 dan 1A2,,,hmmm masa tu air mata muni dh mula nk mengalir,,,,tp,dpt ditahan,pas tu cikgu pn panggil la nama WAN MUNIRAH ya allah hanya tuhan yang tahu peasaan muni masa tu.muni pn jln lah ~KETEK,KETEK,KETEK~menuju ke hadapan utk mengambil result tuh,hurmm....
): ...perasaan yg berbaur-baur,sedihhh.....nasib baik airmata ini x menuruni,AKHIR NYA air mata ku jatuh jua berderai di pipi yg x berapa gebu ini apabila melihat ayahku datang,,,_._._._ya allah,muni betul2 x sanggup nk menghadap wajah ayh muni dgn keputusan x seberapa.....~ya allah ampuni lah hamba mu ini kerana mugkin keputusan muni ini x dpt menggembirakan hati kedua ibu bapa muni~

wasalam.....

** ~SpM~**

muni masih dlm frusttt!!!!....ishk3

hati ini hanya tuhan yg tahu......namun muni redha dgn keputusan yg muni dpt tu,,,,
ALHAMDULILAH!!!! sekurang-kurangnye ada la jgk A tu dan paling penting semua nye kredit.,tp,xpe muni x akn berputus asa itu hanya ujian yg allah lemparkan kepada muni...muni perlu tabah,,,kuat,,,bila ada yg bg sokongan,nasihatdan pendapat~ayah,mak,kakak@rakan-rakan~TERIMA KASIH diats semua nasihat dan kata-kata semangat yg diberikan......aaaaaa perasan muni rasa lebih lega,tenang.....(GAGAL SEKALI X BERMAKNA GAGAL SELAMA-LAMA NYE)
hurm.....muni rasa muni perlu lebih kuat berusaha,berdoa byk2 mohon supaya allah permudahkan segala gerk kerja muni,@ muni perlu bertawakal kepada allah

seorang doktor neurologi menemui keajaiban allah

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapakeajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.Dia amat kagum denganpenemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi.
.
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam habatussauda(black seed) dan sebaganya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf didalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang.

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.Yang tidak menunaikan sembahyang, otaknya tidak akan dapat menerima darahyang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

"PETUA IMAM SYAFIE4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim -Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yangbermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah meninggal.